Saturday, January 25, 2014

Pengambilan Tanah: Hak dan Panduan Pemilik Tanah




Author : Anuar Alias
ISBN : 978-983-100-721-1
Year Publish : 2014
Page Number : 144
Harga Buku: RM 45.00


SINOPSIS

Buku ini cuba mengupas persoalan dari sudut pandangan pemilik tanah agar mereka lebih berpengetahuan akan hak mereka dalam isu pengambilan tanah. Buku ini disasarkan untuk tatapan umum dan sengaja direka bentuk berdasarkan pendekatan panduan/garis panduan bagi kegunaan semua yang terlibat atau ingin meningkatkan pengetahuan dalam isu pengambilan tanah. Antara objektif penulisan buku ini adalah untuk memahami prosedur dan proses pengambilan tanah di Malaysia dengan cara yang lebih mudah iaitu dalam bahasa yang senang difahami. Istilah-istilah perundangan yang khusus serta sukar difahami cuba dielakkan bagi memastikan semua pembaca dapat memahaminya. Namun begitu, matlamat utama buku ini adalah untuk meninjau sejauh manakah hak pemilik tanah dalam kes pengambilan tanah berdasarkan perundangan dan garis panduan sedia ada terutamanya Akta Pengambilan Tanah 1960.

0 comments:

Post a Comment