Saturday, November 2, 2013

PEMAJU SWASTA DAN PERUMAHAN KOS RENDAH

Tajuk : Pemaju Swasta dan Perumahan Kos Rendah 
Pengarang : Nor'Aini Yusof 
Penerbit : Penerbit USM 
ISBN : 978-983-861-324-X 
Tahun Terbit : 2007
Harga: RM 52.00
SINOPSIS

Pemaju Swasta dan perumahan kos rendah meneliti isu penglibatan pemaju swasta untuk memajukan perumahan kos rendah di Malaysia. Strategi meningkatkan penglibatan pemaju swasta untuk memajukan perumahan kos rendah diperkenalkan di negara ini sejak tahun 1980-an. Dasar yang diperkenalkan ialah mengenakan syarat penyediaan sekurang-kurangnya 30 peratus rumah kos rendah dalam projek perumahan swasta. Kini sudah hampir 30 tahun dasar perumahan kos rendah ini dikuatkuasakan, timbul perbahasan hangat tentang sejauh mana kejayaan dasar tersebut. Buku ini meneliti isu di atas dengan memberi tumpuan kepada ciri-ciri pemaju swasta yang membina rumah kos rendah dan perlakuan pemaju apabila berhadapan dengan dasar perumahan kos rendah. Berbanding dengan penulisan lain tentang dasar perumahan kos rendah yang terdapat di pasaran, buku ini di tulis berasaskan kepada kajian yang pertama di Malaysia yang mengaitkan dasar perumahan kos rendah dengan pemaju swasta.

0 comments:

Post a Comment